Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Perdengarkanlah (bunyi-bunyian yang indah) bagi hamba-Ku yang menyibukan diri mereka daripada muzik dan seruling dengan mengingati-Ku

Teks Bahasa Arab

والذي نفسي بيده! إن الله ليوحي إلى شجر الجنة: أن أسمعي عبادي الذين شغلوا أنفسهم عن المعازف والمزامير بذكري، فتسمعهم بأصوات ما سمع الخلائق مثلها قط، بالتسبيح والتقديس.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1602, hadis no. 8085. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رجل: يا رسول الله! هل في الجنة سماعٌ، فإني أُحبُ السماع؟ قال: ((نعم، والذي نفسي بيده! إن الله ليوحي إلى شجر الجنة: أن أسمعي عبادي الذين شغلوا أنفسهم عن المعازف والمزامير بذكري، فتُسمعُهم بأصوات ما سمع الخلائق مثلها بالتسبيح والتقديس)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6503)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Adakah terdapat bunyi-bunyian di dalam syurga? Ini kerana sesungguhnya aku suka padanya. Baginda menjawab: ((Ya, dan demi diriku yang berada di tangan-Nya! Sesungguhnya Allah akan mewahyukan kepada pokok-pokok di syurga: "Perdengarkanlah (bunyi-bunyian yang indah) bagi hamba-Ku yang menyibukan diri mereka daripada muzik dan seruling dengan mengingati-Ku", lalu mereka akan mendengar suara-suara yang tidak pernah satu ciptaan pun mendengar yang seumpamanya, iaitu dengan bertasbih dan menyucikan Tuhan.)) [Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6503].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.