Perdalamilah ilmu sebelum kalian memimpin

TEKS BAHASA ARAB

تفقهوا قبل أَن تسودوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perdalamilah ilmu sebelum kalian memimpin.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«تفقهوا قبل أَن تسودوا» من قَول عمر رَضِي الله عَنهُ أَي قبل أَن تزوجوا فتصيروا أَرْبَاب بيُوت وَلذَا قَالَ ضَاعَ الْعلم فِي أفخاذ النِّسَاء، وَقَالَ الثَّوْريّ من أسْرع الرياسة أضرّ بِكَثِير من الْعلم وَمن لم يسْرع كتب ثمَّ كتب ثمَّ كتب وَهَذَا الْمَعْنى أَعم.

Maksudnya: “Perdalamilah ilmu sebelum kalian memimpin.”
Ia merupakan kata-kata Umar RA yang bermaksud belajarlah dan perdalami ilmu sebelum kalian bernikah dan menjadi tuan pemimpin rumah. Lantaran itu dikatakan bahawa ilmu akan hilang di celah-celah peha wanita. Sufyan Al-Thauri berkata: Barangsiapa yang mahu segera memimpin, maka dia lebih mudarat berbanding orang yang mempunyai ilmu. Barangsiapa yang tidak bersegera, dia akan menulis kemudian menulis kemudian menulis. Makna bagi kata-kata ini lebih umum.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs