Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَفَقَّهوا قَبلَ أنْ تُسوَّدُوا.
Teks Bahasa Melayu
Perdalamilah ilmu sebelum kalian memimpin.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
“Perdalamilah ilmu sebelum kalian memimpin.” Ia merupakan kata-kata Umar RA yang bermaksud belajarlah dan perdalami ilmu sebelum kalian bernikah dan menjadi tuan pemimpin rumah. Lantaran itu dikatakan bahawa ilmu akan hilang di celah-celah peha wanita. Sufyan al-Thauri berkata: Barangsiapa yang mahu segera memimpin, maka dia lebih mudarat berbanding orang yang mempunyai ilmu. Barangsiapa yang tidak bersegera, dia akan menulis kemudian menulis kemudian menulis. Makna bagi kata-kata ini lebih umum.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman