TEKS BAHASA ARAB
الكلام في المسجد لغو؛ إلا قراءة القران؛ وذكر الله عز وجل؛ أو مسألة خير.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Percakapan di dalam masjid adalah sesuatu yang sia-sia melainkan pembacaan al-Quran, berzikir kepada Allah atau memohon kebaikan.”
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1537, hadis nombor 7803. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
الكلام في المسجد لغو؛ إلا قراءة القرآن؛ وذكر الله عز وجل؛ أو مسألة خير.
[اللالكائي، ((الضعيفة)) ((5580))]
(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Bercakap di dalam masjid sia-sia melainkan membaca al-Quran, berzikir kepada Allah atau memohon kebaikan.” [Riwayat al-Lalaka’iy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5580]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.