Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اَلْكَلَامُ فِي المَسْجِدِ لَغْوٌ؛ إِلَّا قِرَاءَةَ الْقُرْآنِ؛ وَذِكْرَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ؛ أَوْ مَسْأَلَةَ خَيْرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Percakapan di dalam masjid adalah sesuatu yang sia-sia melainkan pembacaan al-Quran, berzikir kepada Allah atau memohon kebaikan.”
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1537, hadis no. 7803. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) الكلام في المسجد لغو؛ إلا قراءة القرآن؛ وذكر الله عز وجل؛ أو مسألة خير. [اللالكائي، ((الضعيفة)) ((5580))]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Bercakap di dalam masjid sia-sia melainkan membaca al-Quran, berzikir kepada Allah atau memohon kebaikan.” [Riwayat al-Lalaka’iy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5580]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman