Perbuatan ziarah orang sakit yang mendapat pahala yang paling besar adalah yang paling singkat

TEKS BAHASA ARAB

أعظم العيادة أجرا أخفها، والتعزية مرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbuatan ziarah orang sakit yang mendapat pahala yang paling besar adalah yang paling singkat, dan takziah sebanyak sekali.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 45, hadis nombor 178. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – رفعه: ((أعظم العيادة أجرا أخفها، والتعزية مرة)).
[البزار، ((الضعيفة)) (2944)]

(Sangat Lemah) Daripada ‘Alī ibn Abū Ṭālib RA dan beliau memarfu’kannya (menyandarkannya kepada Nabi SAW): Perbuatan ziarah orang sakit yang mendapat pahala yang paling besar adalah yang paling singkat, dan takziah sebanyak sekali.
[Riwayat al-Bazzār, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2944]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs