Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أعظمُ العيادةِ أجرًا أخفُّهَا، والتعزيةُ مرةً.
Teks Bahasa Melayu
Perbuatan ziarah orang sakit yang mendapat pahala yang paling besar adalah yang paling singkat, dan takziah sebanyak sekali.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 45, hadis no. 178. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Terlalu Daif) Daripada ‘Alī ibn Abū Ṭālib RA dan beliau memarfu’kannya (menyandarkannya kepada Nabi SAW): Perbuatan ziarah orang sakit yang mendapat pahala yang paling besar adalah yang paling singkat, dan takziah sebanyak sekali. [Riwayat al-Bazzār, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2944]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman