Perbuatan seorang fakir yang menelan sedikit makanan

TEKS BAHASA ARAB

تلمظ الفقير عند الشهوة لا يقدر على إنفاذها أفضل من عبادة الغني سبعين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbuatan seorang fakir yang menelan sedikit makanan ketika berkeinginan yang tidak mampu dilakukannya adalah lebih baik berbanding ibadah orang kaya selama 70 tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 174, hadis nombor 879. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: تلمظ الفقير عند الشهوة لا يقدر على إنفاذها أفضل من عبادة الغني سبعين سنة.
[ابن النجار في ((الذبل))، ((الضعيفة)) (790)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas – Raḍiyallāhu ‘anhuma – secara Marfu’: “Perbuatan seorang fakir yang menelan sedikit makanan ketika berkeinginan yang tidak mampu dilakukannya adalah lebih baik berbanding ibadah orang kaya selama 70 tahun.”
[Riwayat Ibn al-Najjar dalam al-Dzayl. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 790]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs