Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَلَمُّظ الفقيرِ عِندَ الشَّهوَةِ لا يقدِرُ علَى إنفاذِها أفضَلُ مِن عبادَةِ الغنِيِّ سبعينَ سنَةً.
Teks Bahasa Melayu
Perbuatan seorang fakir yang menelan sedikit makanan ketika berkeinginan yang tidak mampu dilakukannya adalah lebih baik berbanding ibadah orang kaya selama 70 tahun.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 174, hadis no. 879. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: تلمظ الفقير عند الشهوة لا يقدر على إنفاذها أفضل من عبادة الغني سبعين سنة. [ابن النجار في ((الذبل))، ((الضعيفة)) (790)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas - Raḍiyallāhu ‘anhuma - secara Marfu’: “Perbuatan seorang fakir yang menelan sedikit makanan ketika berkeinginan yang tidak mampu dilakukannya adalah lebih baik berbanding ibadah orang kaya selama 70 tahun.” [Riwayat Ibn al-Najjar dalam al-Dzayl. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 790]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman