Perbuatan-perbuatan yang dibenci oleh Allah SWT

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كبر مقتا عند الله: الأكل من غير جوع، والنوم من غير سهر، والضحك من غير عجب، والرنة عند المصيبة، والمزمار عند النعمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Suatu kebencian yang amat besar di sisi Allah SWT: Makan tanpa rasa lapar, tidur tanpa berjaga malam (bangun beribadah pada waktu malam), ketawa (atau gembira) tanpa sebarang perkara yang menakjubkan, merintih ketika ditimpa musibah, dan membunyikan seruling ketika mendapat nikmat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 209, hadis nombor 1099. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((كبر مقتا عند الله: الأكل من غير جوع، والنوم من غير سهر، والضحك من غير عجب، والرنة عند المصيبة، والمزمار عند النعمة)). [الخلعي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (4086)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abdullah bin ‘Amru RA, Nabi SAW bersabda: Suatu kebencian yang amat besar di sisi Allah SWT: Makan tanpa rasa lapar, tidur tanpa berjaga malam (bangun beribadah pada waktu malam), ketawa (atau gembira) tanpa sebarang perkara yang menakjubkan, merintih ketika ditimpa musibah, dan membunyikan seruling ketika mendapat nikmat.
[Riwayat al-Khila’ie dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4086]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.