Daif

30/06/2024

minit bacaan



Perbuatan mengeluarkan suara yang kuat ketika menguap dan bersin itu datang daripada syaitan

Teks Bahasa Arab

التَثَاؤُبُ الشَدِيدُ والعِطْسَةُ الشديدةُ من الشَيطانِ.

Teks Bahasa Melayu

Perbuatan mengeluarkan suara yang kuat ketika menguap dan bersin itu datang daripada syaitan.

Sahabat Perawi

  1. Ummu Salamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 204, hadis no. 1070. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم سلمة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((التثاؤب الشديد والعطسة الشديدة من الشيطان)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (3423)]

(Daif) Daripada Ummu Salamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perbuatan mengeluarkan suara yang kuat ketika menguap dan bersin itu datang daripada syaitan. [Riwayat Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3423]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.