Perbuatan mengadu domba, mencaci maki dan juga rasis

TEKS BAHASA ARAB

النميمة والشتيمة والحمية في النار، ولا يجتمعن في صدر مؤمن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbuatan mengadu domba, mencaci maki dan juga rasis berada di dalam neraka. Dan kesemuanya itu tidak akan berhimpun di dalam dada seorang Mukmin.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 90, hadis nombor 457. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنه – مرفوعا: النميمة والشتيمة والحمية في النار، ولا يجتمعن في صدر مؤمن.
[طب، الطرسوسي في ((مسند ابن عمر))، (الضعيفة)) (4703)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Perbuatan mengadu domba, mencaci maki, dan juga rasis berada di dalam neraka. Dan kesemuanya itu tidak akan berhimpun di dalam dada seorang Mukmin.”
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Abū Umayyah al-Ṭarasūsī dalam Musnad Ibn ‘Umar. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4703]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs