Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
النَّميمةُ والشَّتيمةُ والحَميَّةُ في النَّارِ، ولا يجتَمِعنَ في صدرِ مؤمنٍ.
Teks Bahasa Melayu
Perbuatan mengadu domba, mencaci maki dan juga rasis berada di dalam neraka. Dan kesemuanya itu tidak akan berhimpun di dalam dada seorang Mukmin.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 90, hadis no. 457. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Perbuatan mengadu domba, mencaci maki, dan juga rasis berada di dalam neraka. Dan kesemuanya itu tidak akan berhimpun di dalam dada seorang Mukmin.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Abū Umayyah al-Ṭarasūsī dalam Musnad Ibn ‘Umar. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4703]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman