Perbuatan baik yang paling cepat ganjaran pahalanya adalah berbuat kebajikan dan menghubungkan ikatan kekeluargaan

TEKS BAHASA ARAB

أسرع الخير ثوابا البر وصلة الرحم، وأسرع الشر عقوبة البغي وقطيعة الرحم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbuatan baik yang paling cepat ganjaran pahalanya adalah berbuat kebajikan dan menghubungkan ikatan kekeluargaan. Manakala perbuatan jahat yang paling cepat mendapat hukuman adalah berbuat jahat dan memutuskan ikatan kekeluargaan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 44, hadis nombor 177. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((أسرع الخير ثوابا البر وصلة الرحم، وأسرع الشر عقوبة البغي وقطيعة الرحم)).
[ه، عد، ((الضعيفة)) (2787)]

(Sangat Lemah) Daripada A’ishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perbuatan baik yang paling cepat ganjaran pahalanya adalah berbuat kebajikan dan menghubungkan ikatan kekeluargaan. Manakala perbuatan jahat yang paling cepat mendapat hukuman adalah berbuat jahat dan memutuskan ikatan kekeluargaan.
[Riwayat Ibn Mājah dalam Sunannya, Ibn ‘Adī dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2787]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs