Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
والاحتباء حيطانها وَجُلُوسُ الْمُؤْمِنِ فِي الْمَسْجِدِ رِبَاطُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Perbuatan Al-Ihtiba’ adalah dindingnya dan duduk orang mukmin di dalam masjid adalah ribatnya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 155. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
“Serban adalah mahkota orang arab.” Al-Dailami menambah : “Perbuatan Al-Ihtiba’ adalah dindingnya dan duduk orang mukmin di dalam masjid adalah ribatnya.” Makna hadith ini diriwayatkan oleh Al-Baihaqi yang diambil dari ucapan Al-Zuhri. Dalam bab yang sama ada hadith yang serupa. Kesemuanya adalah daif. Antaranya : “Pakailah serban. Ini kerana serban adalah pakaian khas malaikat. Lepaskanlah ia di belakang tubuh kalian.” Sebahagian para huffaz menyebut daripada orang yang menggabungkan di antara hadith berkenaan ‘Azbah (memendekkan serban) dan melepaskan serban secara khususnya.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman