Perbincangan antara ahli ibadah dalam kalangan orang-orang beriman dan janganlah memutuskannya dengan akal fikiran individu

TEKS BAHASA ARAB

يا علي بن أبي طالب! يا فاطمة! {جاء نصر الله والفتح ﴿١﴾‏ ورأيت الناس يدخلون في دين الله أفواجا ‎﴿٢﴾‏ فسبح بحمد ربك واستغفره ۚ إنه كان توابا ‎﴿٣﴾} على أنه يكون بعدي في المؤمنين الجهاد. قال علي: على ما نجاهد المؤمنين الذين يقولون: آمنا؟ قال: على الإحداث في الدين؛ إذا ما عملوا بالرأي ولا رأي في الدين، إنما الدين من الرب أمره ونهيه. قال علي: يا رسول الله! أرأيت إن عرض لنا أمر لم ينزل فيه قرآن ولم يمض فيه سنة منك؟ قال: تجعلونه شورى بين العابدين من المؤمنين ولا تقضونه برأي خاصة، فلو كنت مستخلفا أحدا لم يكن أحق به منك لقدمك في الإسلام، وقرابتك من رسول الله صلى الله عليه وسلم، وصهرك وعندك سيدة نساء المؤمنين، وقبل ذلك ما كان من بلاء أبي طالب، إياي ونزل القرآن وأنا حريص على أن أرعى له في ولده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1297, hadis nombor 6634. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع، آثار الوضع عليه لائحة)
عن عكرمة عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: لما أقبل رسول الله صلى الله عليه وسلم من غزوة خيبر، نزل عليه: {إذا جاء نصر الله والفتح} إلى آخر القصة. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا علي بن أبي طالب! يا فاطمة! {جاء نصر الله والفتح ﴿١﴾‏ ورأيت الناس يدخلون في دين الله أفواجا ‎﴿٢﴾‏ فسبح بحمد ربك واستغفره ۚ إنه كان توابا ‎﴿٣﴾} على أنه يكون بعدي في المؤمنين الجهاد. قال علي: على ما نجاهد المؤمنين الذين يقولون: آمنا؟ قال: على الإحداث في الدين؛ إذا ما عملوا بالرأي ولا رأي في الدين، إنما الدين من الرب أمره ونهيه. قال علي: يا رسول الله! أرأيت إن عرض لنا أمر لم ينزل فيه قرآن ولم يمض فيه سنة منك؟ قال: تجعلونه شورى بين العابدين من المؤمنين ولا تقضونه برأي خاصة، فلو كنت مستخلفا أحدا لم يكن أحق به منك لقدمك في الإسلام، وقرابتك من رسول الله صلى الله عليه وسلم، وصهرك وعندك سيدة نساء المؤمنين، وقبل ذلك ما كان من بلاء أبي طالب، إياي ونزل القرآن وأنا حريص على أن أرعى له في ولده.
[طب، الضياء، ((الضعيفة)) (6814)].

(Palsu, kesan kepalsuannya jelas)
Daripada ‘Ikrimah RA, daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Ketika Rasulullah SAW tiba daripada peperangan Khaibar, turun ayat kepada baginda: {Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan besar} hingga akhir kisah. Rasulullah SAW bersabda: Wahai Ali bin Abi Talib! Wahai Fatimah! {Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan besar, Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat} [Surah al-Nasr ayat 1 – 3], akan berlaku selepas kewafatanku jihad terhadap orang-orang beriman. Ali berkata: Atas dasar apa kami akan berjihad menentang orang-orang beriman yang mengatakan: Kami beriman? Baginda bersabda: Atas dasar berlaku perkara baharu dalam agama. Apabila mereka beramal dengan akal fikiran sedangkan tidak ada penggunaan akal fikiran dalam agama. Agama itu hanyalah daripada Tuhan, dari sudut arahan (perintah) dan larangannya. Ali berkata: Wahai Rasulullah! Apa pendapatmu jika dihadapkan kepada kami suatu perkara yang belum al-Qur’an turunkan berkenaannya dan tidak pernah ada dalam sunnahmu? Baginda bersabda: Kamu jadikannya sebagai perbincangan antara ahli ibadah dalam kalangan orang-orang beriman dan janganlah memutuskannya dengan akal fikiran individu. Jika kamu melantik seseorang, seseorang itu tidaklah lebih berhak berbandingmu kerana awalnya kamu masuk Islam dan hampirnya kamu dengan Rasulullah SAW dan baginda sebagai mertua kamu. Juga bersama kamu adanya penghulu bagi wanita yang beriman, sebelum itu pula ujian Abi Talib kepadaku serta turunnya al-Quran dalam keadaan aku sangat menginginkan untuk memeliharan anak lelakinya.
[Riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Diya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6814].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs