Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
العِمامةُ على القَلَنْسُوَةِ فَصْلُ ما بيننا وبين المشركين، ويُعْطَى يومَ القيامةِ بكلِّ كورَةٍ يُدَوِّرُها على رأسِه نُورًا.
Teks Bahasa Melayu
Serban di atas kopiah membezakan di antara kami dan orang musyrikin. Diberi cahaya pada hari kiamat bagi setiap lilitan yang dililit di atas kepala.
Sahabat Perawi
- Rukanah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1612, hadis no. 8125. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ركانة - رضي الله عنه - مرفوعا-: ((العمامة على القلنسوة فصل ما بيننا وبين المشركين، يعطى يوم القيامة بكل كورة يدورها على رأسه نورا)). [ت، الباوردي، ((الضعيفة)) (1217)].
(Batil) Daripada Rukanah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Serban di atas kopiah membezakan di antara kami dan orang musyrikin. Diberi cahaya pada hari kiamat bagi setiap lilitan yang dililit di atas kepala.” [Riwayat al-Tirmiẓī di dalam Sunannya dan al-Bawardi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1217].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman