Perbezaan darjat dan balasan orang yang pemurah dan kedekut

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

السخي قريب من الله، قريب من الجنة، قريب من الناس، بعيد من النار، والبخيل بعيد من الله، بعيد من الجنة، بعيد من الناس، قريب من النار، وجاهل سخي أحب إلى الله من عابد بخيل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang pemurah dekat dengan Allah, dekat dengan syurga, dekat dengan manusia, jauh dari neraka, orang yang kedekut jauh dari Allah, jauh dari syurga, jauh dari manusia, dekat dengan neraka, orang yang jahil yang pemurah lebih Allah sukai dari seorang yang rajin beribadah namun kedekut.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 861, hadis nombor 4393. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم مرفوعا: ((السخي قريب من الله، قريب من الجنة، قريب من الناس، بعيد من النار، والبخيل بعيد من الله، بعيد من الجنة، بعيد من الناس، قريب من النار، وجاهل سخي أحب إلى الله من عابد بخيل)). [ت، عق، عد، ابن حبان في ((روضة العقلاء))، الطبري في ((التهذيب))، ((الضعيفة)) (154)].

(Sangat lemah)
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW secara marfu’: “Orang yang pemurah dekat dengan Allah, dekat dengan syurga, dekat dengan manusia, jauh dari neraka, orang yang kedekut jauh dari Allah, jauh dari syurga, jauh dari manusia, dekat dengan neraka, orang yang jahil yang pemurah lebih Allah sukai dari seorang yang rajin beribadah namun kedekut.”
[Riwayat al-Tirmizi dalam Sunannya, al-Uqaili dalam al-Dhu'afa' al-Kabir, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, Ibn Hibban dalam Raudhah al-Uqala’ dan al-Tabari dalam al-Tahzib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 154].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.