Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
السَّخيُّ قريبٌ منَ اللَّهِ قَريبٌ منَ الجنَّةِ قريبٌ منَ النَّاسِ بعيدٌ منَ النَّارِ، والبَخيلُ بعيدٌ منَ اللَّهِ بعيدٌ منَ الجنَّةِ بعيدٌ منَ النَّاسِ قريبٌ منَ النَّارِ، وجاهلٌ سخيُّ أحبُّ إلى اللَّهِ مِن عابدٍ بخيلٍ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang pemurah dekat dengan Allah, dekat dengan syurga, dekat dengan manusia, jauh dari neraka, orang yang kedekut jauh dari Allah, jauh dari syurga, jauh dari manusia, dekat dengan neraka, orang yang jahil yang pemurah lebih Allah sukai dari seorang yang rajin beribadah namun kedekut.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 861, hadis no. 4393. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم مرفوعا: ((السخي قريب من الله، قريب من الجنة، قريب من الناس، بعيد من النار، والبخيل بعيد من الله، بعيد من الجنة، بعيد من الناس، قريب من النار، وجاهل سخي أحب إلى الله من عابد بخيل)). [ت، عق، عد، ابن حبان في ((روضة العقلاء))، الطبري في ((التهذيب))، ((الضعيفة)) (154)].
(Sangat lemah) Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW secara marfu’: “Orang yang pemurah dekat dengan Allah, dekat dengan syurga, dekat dengan manusia, jauh dari neraka, orang yang kedekut jauh dari Allah, jauh dari syurga, jauh dari manusia, dekat dengan neraka, orang yang jahil yang pemurah lebih Allah sukai dari seorang yang rajin beribadah namun kedekut.” [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunannya, al-Uqaili dalam al-Dhu'afa' al-Kabir, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, Ibn Hibban dalam Raudhah al-Uqala’ dan al-Tabari dalam al-Tahzib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 154].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman