Perbezaan dalam kalangan umatku

TEKS BAHASA ARAB

اختلاف أمتي رحمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbezaan dalam kalangan umatku adalah suatu rahmat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 9, hadis nombor 26. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Tidak ada maknanya menyebutkan hadith yang tidak diketahui sanadnya dan tidak boleh berpegang dengan al-Hulaimi, al-Qadhi Husain dan Imam al-Haramain, kerana mereka adalah fuqaha', mereka tidak memiliki ilmu dirayah dan riwayat berhubung hadith. Oleh sebab itulah, anda boleh lihat mereka memasukkan hadith-hadith maudhu' seraya berhujjah dengan hadith-hadith tersebut dalam hukum-hakam. Adakalanya juga sebahagian mereka menisbahkan hadith-hadith tersebut kepada al-Sahihain sebagaimana yang dilakukan oleh Imam al-Haramain. Allah tempat berlindung daripada Nabi SAW bersabda bahawa perbezaan umatku adalah suatu rahmat, sedangkan Allah berfirman (bermaksud): "Mereka terus-menerus berbeza-beza kecuali orang yang diberikan rahmat oleh Rabmu". Allah menjadikan rahmat pada suatu yang tidak ada ikhtilaf dan ikhtilaf bukanlah suatu rahmat. Demikian juga yang warid daripada Nabi SAW hadith yang selari dengan al-Qur'an bahawa Baginda bersabda: "Berjemaah itu suatu rahmat, sedangkan berpecah itu suatu azab". Hadith tersebut terdapat dalam Musnad Ahmad. Bagaimana pula setelah mengucapkan kata-kata tersebut, Nabi SAW boleh bersabda bahawa ikhtilaf itu suatu rahmat? Kata-kata ini hanyalah suatu ikutan agar bid'ah ikut-ikutan dilihat suatu yang baik, juga mazhab-mazhab rekaan (dilihat suatu yang baik), membolehkan mereka ada alasan untuk melakukan kebatilan.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs