Perbezaan amalan ahli syurga dan amalan ahli neraka

TEKS BAHASA ARAB

عمل الجنة الصدق، وإذا صدق العبد بر، وإذا بر آمن، وإذا آمن دخل الجنة، وعمل النار الكذب، وإذا كذب فجر، وإذا فجر كفر، وإذا كفر دخل، يعني: النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Amalan (ahli) syurga adalah bercakap benar. Apabila seseorang hamba itu bercakap benar maka dia telah berbuat baik dan apabila dia berbuat baik maka dia beriman; apabila dia beriman maka dia masuk syurga. Dan amalan (ahli) neraka pula adalah pendustaan. Apabila dia berdusta maka dia menjadi jahat, apabila dia menjadi jahat maka dia kufur; dan apabila kufur dia masuk ke dalam neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1335, hadis nombor 6822. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبدالله بن عمرو رضي الله عنهما، أن رجلا جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله: ما عمل الجنة؟ قال: عمل الجنة الصدق، وإذا صدق العبد بر، وإذا بر آمن، وإذا آمن دخل الجنة، وعمل النار الكذب، وإذا كذب فجر، وإذا فجر كفر، وإذا كفر دخل، يعني: النار.
[حم، ((الضعيفة)) (4153)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA bahawa seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW lalu dia berkata: Wahai Rasulullah! Apakah amalan untuk masuk syurga? Baginda menjawab: Amalan (ahli) syurga adalah bercakap benar. Apabila seseorang hamba itu bercakap benar maka dia telah berbuat baik dan apabila dia berbuat baik maka dia beriman; apabila dia beriman maka dia masuk syurga. Dan amalan (ahli) neraka pula adalah pendustaan. Apabila dia berdusta maka dia menjadi jahat, apabila dia menjadi jahat maka dia kufur; dan apabila kufur dia masuk ke dalam neraka.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4153]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs