Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Perbelanjaan kesemuanya adalah di jalan Allah kecuali binaan

Teks Bahasa Arab

النفقةُ كُلُّها في سبيلِ اللهِ إلا البناءَ؛ فلا خَيْرَ فيه.

Teks Bahasa Melayu

Perbelanjaan kesemuanya adalah di jalan Allah kecuali binaan; kerana tiada kebaikan padanya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1977, hadis no. 9892. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((النفقة كلها في سبيل الله إلا البناء؛ فلا خير فيه)). [ت، ابن أبي الدنيا في ((قصر الأمل))، ابن مخلد العطار في ((الأمالي))، عد، ((الضعيفة)) (1061)]

(Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perbelanjaan kesemuanya adalah di jalan Allah kecuali binaan; kerana tiada kebaikan padanya. [Riwayat al-Tirmidhī dalam al-Sunan, Ibn Abī al-Dunyā dalam Qaṣr al-Amal, Ibn Makhlad al-‘Aṭṭār dalam al-Amālī, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1061]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.