Perbanyaklah mencium anak-anak kalian

TEKS BAHASA ARAB

أكثروا من قبلة أولادكم فإنّ لكم من الدرجات عدد ما قبلتم ما بين الدرجتين مسيرة مائة عام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbanyaklah mencium anak-anak kalian. Sesungguhnya kalian akan mendapat darjah sebanyak mana kalian mencium yang mana dia antara dua darjat adalah sejauh seratus tahun.

STATUS

Terdapat perawi pemalsu hadis pada sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 131. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«أَكْثِرُوا مِنْ قُبْلَةِ أَوْلادِكُمْ فَإِنَّ لَكُمْ مِنَ الدَّرَجَاتِ عَدَدَ مَا قَبَّلْتُمْ مَا بَيْنَ الدَّرَجَتَيْنِ مَسِيرَةَ مائَة عَام» فِيهِ الطايكاني كَانَ يضع.

“Perbanyaklah mencium anak-anak kalian. Sesungguhnya kalian akan mendapat darjah sebanyak mana kalian mencium yang mana dia antara dua darjat adalah sejauh seratus tahun.” Dalam sanadnya terdapat al-Tayakani. Beliau melakukan pemalsuan hadith.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs