Perbanyakkanlah tilawah al-Quran di rumah-rumah kalian

TEKS BAHASA ARAB

أكثروا من تلاوة القرآن في بيوتكم، فإن البيت الذي لا يقرأ فيه القرآن، يقل خيره، ويكثر شره، ويضيق على أهله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbanyakkanlah tilawah al-Quran di rumah-rumah kalian kerana rumah yang tidak dibacakan al-Quran di dalamnya akan sedikitlah kebaikannya dan banyaklah keburukannya serta sempitlah bagi penghuninya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1443, hadis nombor 7341. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس وجابر رضي الله عنهما، قالا: قال رسول الله ﷺ: أكثروا من تلاوة القرآن في بيوتكم، فإن البيت الذي لا يقرأ فيه القرآن، يقل خيره، ويكثر شره، ويضيق على أهله.
[فر، الدارقطني في ((الأفراد))، ((الضعيفة)) (2882)]

(Lemah)
Daripada Anas dan Jābir RA, kedua mereka berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perbanyakkanlah tilawah al-Quran di rumah-rumah kalian kerana rumah yang tidak dibacakan al-Quran di dalamnya akan sedikitlah kebaikannya dan banyaklah keburukannya serta sempitlah bagi penghuninya.
[Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaws, al-Dāraquṭnī dalam al-Afrād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2882]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs