Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَكْثِرُوا من تلاوةِ القرآنِ في بيوتِكم، فإن البيتَ الذى لا يُقْرَأُ فيه القرآنُ، يَقِلُّ خَيْرُهُ، ويَكْثُرُ شَرُّهُ، ويُضَيَّقُ على أهلِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Perbanyakkanlah tilawah al-Quran di rumah-rumah kalian kerana rumah yang tidak dibacakan al-Quran di dalamnya akan sedikitlah kebaikannya dan banyaklah keburukannya serta sempitlah bagi penghuninya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1443, hadis no. 7341. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس وجابر رضي الله عنهما، قالا: قال رسول الله ﷺ: أكثروا من تلاوة القرآن في بيوتكم، فإن البيت الذي لا يقرأ فيه القرآن، يقل خيره، ويكثر شره، ويضيق على أهله. [فر، الدارقطني في ((الأفراد))، ((الضعيفة)) (2882)]
(Lemah) Daripada Anas dan Jābir RA, kedua mereka berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perbanyakkanlah tilawah al-Quran di rumah-rumah kalian kerana rumah yang tidak dibacakan al-Quran di dalamnya akan sedikitlah kebaikannya dan banyaklah keburukannya serta sempitlah bagi penghuninya. [Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaws, al-Dāraquṭnī dalam al-Afrād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2882]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman