Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَكْثِرِ الصلاةَ في بيتِكَ، يَكْثُرْ خيرُ بيتِكَ، وسَلِّمْ على مَن لَقِيتَ من أُمَّتي، تَكْثُرْ حسناتُك.
Teks Bahasa Melayu
Perbanyakkanlah solat di rumah kamu, nescaya bertambah banyak kebaikan rumahmu. Serta berilah salam kepada sesiapa yang kamu temui dalam kalangan umatku, nescaya bertambah amalan kebaikanmu.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 366-367, hadis no. 1955. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «أكثر الصلاة في بيتك، يكثر خير بيتك، وسلم على من لقيت من أمتي، تكثر حسناتك». [هب، «الضعيفة» (7039)].
(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Perbanyakkanlah solat di rumah kamu, nescaya bertambah banyak kebaikan rumahmu. Serta berilah salam kepada sesiapa yang kamu temui dalam kalangan umatku, nescaya bertambah amalan kebaikanmu". [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7039].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman