Perbanyakkanlah solat di rumah kamu, nescaya akan bertambah kebaikan buat rumah kamu

TEKS BAHASA ARAB

أكثر الصلاة في بيتك، يكثر خير بيتك، وسلم على من لقيت من أمتي، تكثر حسناتك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbanyakkanlah solat di rumah kamu, nescaya akan bertambah kebaikan buat rumah kamu. Dan ucapkanlah salam kepada sesiapa sahaja yang kamu temui dari kalangan umatku, nescaya semakin bertambah kebaikan buat kamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 145, hadis nombor 729. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((أكثر الصلاة في بيتك، يكثر خير بيتك، وسلم على من لقيت من أمتي، تكثر حسناتك.)). [هب، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، عق، ((الضعيفة)) (7039)]

(Palsu)
Daripada Anas RA, beliau berkata, Nabi SAW bersabda: Perbanyakkanlah solat di rumah kamu, nescaya akan bertambah kebaikan buat rumah kamu. Dan ucapkanlah salam kepada sesiapa sahaja yang kamu temui dari kalangan umatku, nescaya semakin bertambah kebaikan buat kamu.
[Riwayat al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab, Abū Nu‘aym dalam Akhbār Asbahān, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7039]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs