Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَكْثِرِ الصَّلَاةَ فِي بَيْتِكَ، يَكْثُرْ خَيْرُ بَيْتِكَ، وَسِلِّمْ عَلَى مَنْ لَقِيتَ مِنْ أُمَّتِي، تَكْثُرْ حَسَنَاتُكَ.
Teks Bahasa Melayu
Perbanyakkanlah solat di rumah kamu, nescaya akan bertambah kebaikan buat rumah kamu. Dan ucapkanlah salam kepada sesiapa sahaja yang kamu temui dari kalangan umatku, nescaya semakin bertambah kebaikan buat kamu.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 145, hadis no. 729. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((أكثر الصلاة في بيتك، يكثر خير بيتك، وسلم على من لقيت من أمتي، تكثر حسناتك.)). [هب، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، عق، ((الضعيفة)) (7039)]
(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata, Nabi SAW bersabda: Perbanyakkanlah solat di rumah kamu, nescaya akan bertambah kebaikan buat rumah kamu. Dan ucapkanlah salam kepada sesiapa sahaja yang kamu temui dari kalangan umatku, nescaya semakin bertambah kebaikan buat kamu. [Riwayat al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab, Abū Nu‘aym dalam Akhbār Asbahān, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7039]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman