Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أكثِروا من الصلاةِ علي يومِ الجُمُعةِ، فمن كان أكثرَهم عَلَيَّ صلاةً كان أقربَهم مني منزلةً يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana orang yang paling banyak berselawat kepadaku ialah orang yang paling hampir kedudukan denganku pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1443, hadis no. 7339. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه مرفوعا: أكثروا من الصلاة علي يوم الجمعة، فمن كان أكثرهم علي صلاة كان أقربهم مني منزلة يوم القيامة. [فر، ((الضعيفة)) (2892)]
(Sangat Lemah) Daripada Abū Umāmah al-Bāhilī RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana orang yang paling banyak berselawat kepadaku ialah orang yang paling hampir kedudukan denganku pada hari kiamat. [Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2892]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman