Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Perbanyakkanlah selawat kepada Nabi Musa

Teks Bahasa Arab

أكْثِروا مِنَ الصَّلاةِ عَلى موسى فَما رَأيتُ أحدًا مِنَ الأَنبياءِ أَحوطَ عَلى أُمَّتي مِنهُ.

Teks Bahasa Melayu

Perbanyakkanlah selawat kepada Nabi Musa kerana tidak aku lihat seorang pun dalam kalangan para nabi yang lebih berhati-hati (mengambil berat) terhadap umatku berbanding beliau (Nabi Musa AS).

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1443, hadis no. 7338. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: أكثروا من الصلاة على موسى فما رأيت أحدا من الأنبياء أحوط على أمتي منه. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2886)]

(Munkar) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perbanyakkanlah selawat kepada Nabi Musa kerana tidak aku lihat seorang pun dalam kalangan para nabi yang lebih berhati-hati (mengambil berat) terhadap umatku berbanding beliau (Nabi Musa AS). [Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2886]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.