Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أكثِروا من الصلاةِ علي يومِ الجُمُعةِ، فمن كان أكثرَهم عَلَيَّ صلاةً كان أقربَهم مني منزلةً يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari Jumaat. Sesiapa yang paling banyak selawat ke atasku, maka dialah yang paling dekat kedudukannya denganku pada hari Kiamat.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah al-Baahili RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 265, hadis no. 1381. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة الباهلي - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أكثروا من الصلاة علي يوم الجمعة، فمن كان أكثرهم علي صلاة كان أقربهم مني منزلة يوم القيامة)). [فر، ((الضعيفة)) (2892)]
(Terlalu Daif) Daripada Abu Umamah al-Baahili RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari Jumaat. Sesiapa yang paling banyak selawat ke atasku, maka dialah yang paling dekat kedudukannya denganku pada hari Kiamat. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2892]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman