Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَكْثِرُوا في الجَنازةِ قَوْلَ: لا إله إلا اللهُ.
Teks Bahasa Melayu
Perbanyakkanlah pada jenazah ucapan: Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1443, hadis no. 7337. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: أكثروا في الجنازة قول: لا إله إلا الله. [فر، ((الضعيفة)) (2881)]
(Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perbanyakkanlah pada jenazah ucapan: Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah. [Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2881]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman