Perbanyakkanlah menyebut: Tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah

TEKS BAHASA ARAB

أكثروا من ذكر لا حول ولا قوة إلا بالله؛ فإنها من كنز الجنة، ومن أكثر منه؛ نظر الله إليه، ومن نظر الله إليه؛ فقد أصاب خير الدنيا والآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbanyakkanlah menyebut: ‘Tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah’, kerana ia berasal daripada perbendaharaan syurga. Sesiapa yang memperbanyakkannya, Allah pasti melihat kepadanya dan sesiapa yang Allah lihat kepadanya, pasti dia akan mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1443, hadis nombor 7342. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي بكر الصديق رضي الله عنه مرفوعا: أكثروا من ذكر لا حول ولا قوة إلا بالله؛ فإنها من كنز الجنة، ومن أكثر منه؛ نظر الله إليه، ومن نظر الله إليه؛ فقد أصاب خير الدنيا والآخرة.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2883)]

(Palsu)
Daripada Abū Bakr al-Ṣiddīq RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perbanyakkanlah menyebut: "Tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah", kerana ia berasal daripada perbendaharaan syurga. Sesiapa yang memperbanyakkannya, Allah pasti melihat kepadanya dan sesiapa yang Allah lihat kepadanya, pasti dia akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.
[Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2883]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs