Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Perbanyakkanlah menyebut dua pujian

Teks Bahasa Arab

أكثِروا من القَرِينَتَيْنِ: سبحانَ اللهِ وبحمدِه.

Teks Bahasa Melayu

Perbanyakkanlah (menyebut) dua bukti, iaitu Subhanallah Wa Bihamdihi (Maha Suci Allah lagi Maha Terpuji).

Sahabat Perawi

  1. Ali bin Abi Talib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1443, hadis no. 7340. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي رضي الله عنه مرفوعا: أكثروا من القرينتين: سبحان الله وبحمده. [فر، ((الضعيفة)) (2893)]

(Lemah) Daripada ‘Alī RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perbanyakkanlah (menyebut) dua bukti, iaitu Subhanallah Wa Bihamdihi (Maha Suci Allah lagi Maha Terpuji). [Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2893]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.