Perbanyakkanlah mengingati mati

TEKS BAHASA ARAB

أكثر ذكر الموت؛ فإن ذكره يسليك مما سواه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbanyakkanlah mengingati mati kerana sesungguhnya mengingati mati akan membuatmu lupa daripada apa yang selainnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1773, hadis nombor 8924. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن شريح، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أكثر ذكر الموت؛ فإن ذكره يسليك مما سواه)). [ابن أبي الدنيا في ((كتاب الشكر)) وفي ((ذكر الموت))، حل، السيوطي في ((الجامع الصغير))، ((الضعيفة)) (7040)]

(Lemah)
Daripada Shuraiḥ, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perbanyakkanlah mengingati mati kerana sesungguhnya mengingati mati akan membuatmu lupa daripada apa yang selainnya.
[Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam Kitab al-Shukr dan dalam Dhikr al-Maut, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, al-Suyūṭī dalam al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7040]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs