Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَكْثِرْ ذِكْرَ الموتِ؛ فإنَّ ذِكْرَهُ يُسلِّيكَ ممَّا سواهُ.
Teks Bahasa Melayu
Perbanyakkanlah mengingati mati kerana sesungguhnya mengingati mati akan membuatmu lupa daripada apa yang selainnya.
Sahabat Perawi
- Shuraih
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1773, hadis no. 8924. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن شريح، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أكثر ذكر الموت؛ فإن ذكره يسليك مما سواه)). [ابن أبي الدنيا في ((كتاب الشكر)) وفي ((ذكر الموت))، حل، السيوطي في ((الجامع الصغير))، ((الضعيفة)) (7040)]
(Lemah) Daripada Shuraiḥ, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perbanyakkanlah mengingati mati kerana sesungguhnya mengingati mati akan membuatmu lupa daripada apa yang selainnya. [Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam Kitab al-Shukr dan dalam Dhikr al-Maut, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, al-Suyūṭī dalam al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7040]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman