Perbanyakkanlah mengingati Allah dalam setiap keadaan

TEKS BAHASA ARAB

أكثروا ذكر الله على كل حال، فإنه ليس عمل أحب إلى الله -تعالى-، ولا أنجى لعبد من كل سيئة في الدنيا والآخرة من ذكر الله -تعالى-.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbanyakkanlah mengingati Allah dalam setiap keadaan, kerana tiada amalan yang lebih dikasihi oleh Allah Taala, juga yang lebih menyelamatkan seseorang hamba daripada setiap keburukan di dunia dan akhirat berbanding mengingati Allah Taala.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1449, hadis nombor 7371. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أكثروا ذكر الله على كل حال، فإنه ليس عمل أحب إلى الله -تعالى-، ولا أنجى لعبد من كل سيئة في الدنيا والآخرة من ذكر الله -تعالى-)). فقال قائل: ولا القتال في سبيل الله يا رسول الله؟ فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((لو لا ذكر الله -تعالى- لم نؤمر بالقتال في سبيل الله، ولو اجتمع الناس على شيء مما أمروا به من ذكر الله ما كتب الله القتال على عباده، وإن ذكر الله -تعالى- لا يمنعكم من القتال في سبيله، بل هو عون لكم على ذلك، فقولوا: لا إله إلا الله والله أكبر، وقولوا: سبحان الله، وقولوا: الحمد لله، وقولوا: تبارك الله، فإنهن خمس لا يعدلهن شيء، عليهن فطر الله -عز وجل- ملائكته، ومن أجلهن رفع سماءه، ودحا أرضه، ولهن جبل إنسه وجنه، وفرض عليهن فرائضه، ولا يقبل الله ذكره إلا ممن اتقى وطهر قلبه، وأكرموا الله أن يرى ما نهاكم عنه)). فقالوا: يا رسول الله! فإن ذكر الله لا يكفينا من الجهاد؟! فقال: ((ولا الجهاد يكفي من ذكر الله، ولا يصلح الجهاد إلا بذكر الله…)) الحديث بطوله. [الضياء، ((الضعيفة)) (2617)].

(Palsu)
Daripada Mu‘ādh bin Jabal RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Perbanyakkanlah mengingati Allah dalam setiap keadaan, kerana tiada amalan yang lebih dikasihi oleh Allah Taala, juga yang lebih menyelamatkan seseorang hamba daripada setiap keburukan di dunia dan akhirat berbanding mengingati Allah Taala”. Seseorang bertanya: “Berperang di jalan Allah pun tidak (menjadi amalan sedemikian), wahai Rasulullah?”. Nabi SAW pun menjawab: “Kalaulah tidak kerana zikir kepada Allah Taala, kita pasti tidak akan disuruh untuk berperang. Kalaulah manusia berhimpun untuk sesuatu perkara yang mereka diperintahkan melakukannya daripada zikir kepada Allah, pasti Allah tidak akan mewajibkan peperangan ke atas hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya zikir kepada Allah Taala tidak menghalang kalian untuk berperang di jalan-Nya, bahkan ia menjadi pembantu bagi kalian untuk berperang. Justeru, ucapkanlah: ‘Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Allah Maha Besar’, ucapkanlah: ‘Maha Suci Allah’, ucapkanlah: ‘Segala puji bagi Allah’, dan ucapkanlah: ‘Maha Berkat Allah’, kerana sesungguhnya lima ucapan tersebut tiada sesuatu pun yang boleh menyamainya. Disebabkan lima ucapan itulah Allah ‘Azza Wa Jalla telah menciptakan para malaikat-Nya, kerana lima ucapan itulah Dia mengangkat langit-Nya dan Dia membentangkan bumi-Nya, kerana lima ucapan itulah Dia menciptakan manusia dan jin-Nya serta mewajibkan kepada mereka kewajipan-kewajipan-Nya. Allah tidak akan menerima zikir yang diucapkan kepada-Nya melainkan daripada orang yang bertakwa lagi bersih hatinya dan muliakanlah Allah agar Dia memperlihatkan apa yang Dia larang kepada kalian (mendapat taufik untuk menghindari larangannya)”. Mereka pun bertanya: “Wahai Rasulullah! Zikir kepada Allah masih tidak memadai untuk kami daripada berjihad?”. Lalu Baginda menjawab: “Jihad masih belum cukup tanpa zikir kepada Allah dan jihad tidak akan menjadi baik kecuali dengan zikir kepada Allah…” hadis yang panjang.
[Riwayat al-Ḍiyā’ dalam al-Mukhtārah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2617].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs