Perbanyakkanlah meminta orang lain supaya mendoakan kebaikan bagimu

TEKS BAHASA ARAB

استكثر من الناس من دعاء الخير لك، فإن العبد لا يدري على لسان من يستجاب له أو يرحم، ولذلك جعل الله -عز وجل- المسلمين شفعاء بعضهم لبعض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbanyakkanlah meminta orang lain supaya mendoakan kebaikan bagimu, sesungguhnya seseorang hamba itu tidak mengetahui pada lidah siapa akan dikabulkan doa untuknya atau diberikan rahmat. Oleh sebab itu, Allah ‘Azza Wa Jalla telah menjadikan umat Islam sebagai pemberi syafaat sesama mereka.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1440, hadis nombor 7320. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: كان آخر ما أوصاني به النبي ﷺ قال: استكثر من الناس من دعاء الخير لك، فإن العبد لا يدري على لسان من يستجاب له أو يرحم، ولذلك جعل الله -عز وجل- المسلمين شفعاء بعضهم لبعض.
[تمام، ((الضعيفة)) (2763)].

(Batil)
Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Pesanan terakhir Nabi SAW kepadaku ialah sabda baginda: Perbanyakkanlah meminta orang lain supaya mendoakan kebaikan bagimu, sesungguhnya seseorang hamba itu tidak mengetahui pada lidah siapa akan dikabulkan doa untuknya atau diberikan rahmat. Oleh sebab itu, Allah ‘Azza Wa Jalla telah menjadikan umat Islam sebagai pemberi syafaat sesama mereka.
[Riwayat Tammām dalam al-Fawāid. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2763]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs