Perbanyakkanlah memberi salam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عموا بالسلام، وعموا بالتشميت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbanyakkanlah memberi salam dan perbanyakkanlah tashmīt (mendoakan orang yang bersin).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 70, hadis nombor 331. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((‌عموا ‌بالسلام، ‌وعموا ‌بالتشميت)).
[تمام الرازي في "جزء إسلام زيد بن حارثة"، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (‌‌3924)]

(Lemah)
Daripada Ibn Mas‘ūd RA secara marfū‘: ‘’Perbanyakkanlah memberi salam dan perbanyakkanlah tashmīt (mendoakan orang yang bersin)..’’
[Riwayat Tammām al-Rāzī dalam Juzu’ Islām Zayd ibn Ḥārithah, Ibn ‘Asākir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3924).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.