Perbanyakkanlah membaca al-Qur'an di rumah-rumah kamu

TEKS BAHASA ARAB

أكثروا من تلاوة القرآن في بيوتكم، فإن البيت الذي لا يقرأ فيه القرآن، يقل خيره، ويكثر شره، ويضيق على أهله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbanyakkanlah membaca al-Qur’an di rumah-rumah kamu, kerana rumah yang tidak dibacakan al-Qur’an di dalamnya akan berkurangan kebaikannya, dan banyak keburukannya serta menyempitkan penghuninya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1253, hadis nombor 6403. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس وجابر رضي الله عنهما، قالا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أكثروا من تلاوة القرآن في بيوتكم، فإن البيت الذي لا يقرأ فيه القرآن، يقل خيره، ويكثر شره، ويضيق على أهله.
[فر، الدارقطني في ((الأفراد))، ((الضعيفة)) (2882)].

(Lemah)
Daripada Anas dan Jabir RA, mereka berdua berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perbanyakkanlah membaca al-Qur’an di rumah-rumah kamu, kerana rumah yang tidak dibacakan al-Qur’an di dalamnya akan berkurangan kebaikannya, dan banyak keburukannya serta menyempitkan penghuninya.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws dan al-Daraqutni dalam al-Afrad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, 2882]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs