Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أكثروا من تلاوةِ القرآنِ في بيوتِكُم، فإن البيتَ الذي لا يُقرأُ فيه القرآنُ، يقلُّ خيرُه، ويكثُرُ شرُّهُ، ويضيقُ على أهلِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Perbanyakkanlah membaca al-Qur'an di rumah-rumah kamu, kerana rumah yang tidak dibacakan al-Qur'an di dalamnya akan berkurangan kebaikannya, dan banyak keburukannya serta menyempitkan penghuninya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1253, hadis no. 6403. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس وجابر رضي الله عنهما، قالا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أكثروا من تلاوة القرآن في بيوتكم، فإن البيت الذي لا يقرأ فيه القرآن، يقل خيره، ويكثر شره، ويضيق على أهله. [فر، الدارقطني في ((الأفراد))، ((الضعيفة)) (2882)].
(Lemah) Daripada Anas dan Jabir RA, mereka berdua berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perbanyakkanlah membaca al-Qur'an di rumah-rumah kamu, kerana rumah yang tidak dibacakan al-Qur'an di dalamnya akan berkurangan kebaikannya, dan banyak keburukannya serta menyempitkan penghuninya. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws dan al-Daraqutni dalam al-Afrad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, 2882]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman