Perbanyakkanlah doa kerana sesungguhnya doa itu boleh menolak ketentuan yang telah tetap

TEKS BAHASA ARAB

أكثر من الدعاء فإن الدعاء يرد القضاء المبرم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbanyakkanlah doa kerana sesungguhnya doa itu boleh menolak ketentuan yang telah tetap.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1442, hadis nombor 7336. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: أكثر من الدعاء فإن الدعاء يرد القضاء المبرم.
[خط، عبد الغني المقدسي في ((الترغيب في الدعاء))، الرافعي، ((الضعيفة)) (2876)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perbanyakkanlah doa kerana sesungguhnya doa itu boleh menolak ketentuan yang telah tetap.
[Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād, ‘Abd al-Ghanī al-Maqdisī dalam al-Targhīb fī al-Du‘ā’, al-Rāfi‘ī dalam Tārīkh Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2876]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs