Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Perbanyakkanlah doa kerana sesungguhnya doa itu boleh menolak ketentuan yang telah tetap

Teks Bahasa Arab

أَكْثِرْ من الدعاءِ فإن الدعاءَ يَرُدُّ القضاءَ المُبْرَمَ.

Teks Bahasa Melayu

Perbanyakkanlah doa kerana sesungguhnya doa itu boleh menolak ketentuan yang telah tetap.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1442, hadis no. 7336. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: أكثر من الدعاء فإن الدعاء يرد القضاء المبرم. [خط، عبد الغني المقدسي في ((الترغيب في الدعاء))، الرافعي، ((الضعيفة)) (2876)]

(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perbanyakkanlah doa kerana sesungguhnya doa itu boleh menolak ketentuan yang telah tetap. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād, ‘Abd al-Ghanī al-Maqdisī dalam al-Targhīb fī al-Du‘ā’, al-Rāfi‘ī dalam Tārīkh Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2876]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.