Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Perbanyakkanlah berzikir sehingga dianggap gila

Teks Bahasa Arab

أكثِروا ذِكْرَ اللهِ حتَّى يقولوا : مَجنونٌ.

Teks Bahasa Melayu

Perbanyakkanlah mengingati Allah hingga mereka berkata: Orang gila.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1407, hadis no. 7136. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه مرفوعا: أكثروا ذكر الله حتى يقولوا: مجنون. [ك، حم، عبد بن حميد، الثعلبي في ((التفسير))، الواحدي في ((الوسيط))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (517)]

(Lemah) Daripada Abi Sa'id al-Khudri RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Perbanyakkanlah mengingati Allah hingga mereka berkata: Orang gila. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam al-Musnad, 'Abd bin Humaid, al-Tha'labi dalam al-Tafsir, al-Wahidi dalam al-Wasit dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 517]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.