TEKS BAHASA ARAB
أكثروا ذكر الله حتى يقولوا: مجنون.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Perbanyakkanlah berzikir kepada Allah sehingga mereka mengatakan: Gila.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 381, hadis nombor 2021. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «أكثروا ذكر الله حتى يقولوا: مجنون». [ ع، ابن السني، حب، عد، هب، «الضعيفة» (7042)].
(Munkar) Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Perbanyakkanlah berzikir kepada Allah sehingga mereka mengatakan: Gila". [Riwayat Abu Ya‘la dalam Musnadnya, Ibn al-Sunni, Ibn Hibban dalam Sahihnya, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7042].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.