Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَكْثِرُوا ذِكْرَ اللهِ حَتَّى يَقُولُوا: مَجْنُونٌ.
Teks Bahasa Melayu
Perbanyakkanlah berzikir kepada Allah sehingga mereka mengatakan: Gila.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 381, hadis no. 2021. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «أكثروا ذكر الله حتى يقولوا: مجنون». [ ع، ابن السني، حب، عد، هب، «الضعيفة» (7042)].
(Munkar) Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Perbanyakkanlah berzikir kepada Allah sehingga mereka mengatakan: Gila". [Riwayat Abu Ya‘la dalam Musnadnya, Ibn al-Sunni, Ibn Hibban dalam Sahihnya, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7042].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman