Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَكْثِرُوا من المَعارفِ من المؤمنين، فإن لكلِّ مؤمنٍ شفاعةَ عند اللهِ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Perbanyakkanlah berkenalan dengan golongan yang beriman. Kerana sesungguhnya setiap mukmin itu akan memberi syafaat di sisi Allah pada hari kiamat kelak.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 195, hadis no. 1006. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - رضي الله عنه -: ((أكثروا من المعارف من المؤمنين، فإن لكل مؤمن شفاعة عند الله يوم القيامة)). [فر، ((الضعيفة)) (2378)]
(Palsu) Daripada Anas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Perbanyakkanlah berkenalan dengan golongan yang beriman. Kerana sesungguhnya setiap mukmin itu akan memberi syafaat di sisi Allah pada hari kiamat kelak. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2387]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman