Perbandingan umrah dengan haji itu adalah ibarat kepala daripada badan

TEKS BAHASA ARAB

العمرة من الحج بمنزلة الرأس من الجسد وبمنزلة الزكاة من الصيام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbandingan umrah dengan haji itu adalah ibarat kepala daripada badan. Begitu juga perbandingan antara zakat dengan puasa.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1141, hadis nombor 5768. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: العمرة من الحج بمنزلة الرأس من الجسد وبمنزلة الزكاة من الصيام. [فر، الضعيفة (3953)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Perbandingan umrah dengan haji itu adalah ibarat kepala daripada badan, begitu juga perbandingan antara zakat dan puasa. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 3953].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs