Perbandingan seorang wanita yang berhias bukan di hadapan suaminya

TEKS BAHASA ARAB

مثل الرافلة في غير أهلها، كالظلمة يوم القيامة لا نور لها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbandingan seorang wanita yang berhias bukan di hadapan suaminya seperti kegelapan pada hari kiamat yang tiada cahaya baginya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 923, hadis nombor 4740. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ميمونة بنت سعد مرفوعا: ((مثل الرافلة في غير أهلها، كالظلمة يوم القيامة لا نور لها)).
[ت، أبو الشيخ بن حيان في ((الأمثال))، ((الضعيفة)) (1800)].

(Lemah)
Diriwayatkan daripada Maimunah binti Sa’d secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perbandingan seorang wanita yang berhias bukan di hadapan suaminya seperti kegelapan pada hari kiamat yang tiada cahaya baginya.
[Riwayat al-Tirmizi dalam Jami’ beliau, dan Abu al-Shaikh bin Hayyan dalam al-Amthal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1800].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs