Perbandingan kelebihan seseorang yang berjalan di belakang jenazah dan seseorang yang berjalan di hadapan jenazah

TEKS BAHASA ARAB

فضل الماشي خلف الجنازة على الماشي أمامها؛ كفضل المكتوبة على التطوع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbandingan kelebihan seseorang yang berjalan di belakang jenazah dan seseorang yang berjalan di hadapan jenazah adalah seperti kelebihan solat fardhu ke atas solat sunat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 289, hadis nombor 1515. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه – رفعه: فضل الماشي خلف الجنازة على الماشي أمامها؛ كفضل المكتوبة على التطوع».
[قر، «الضعيفة» (4008)]

(Sangat Lemah) Daripada ‘Ali bin Abi Thalib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perbandingan kelebihan seseorang yang berjalan di belakang jenazah dan seseorang yang berjalan di hadapan jenazah adalah seperti kelebihan solat fardhu ke atas solat sunat.
[Riwayat Musnad al-Firdaus oleh al-Dailami. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 4008]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs